Destinasi menarik untuk anda
Kami komited membawakan anda pakej travel ke destinasi-destinasi menarik. Sila klik destinasi pilhan anda untuk itenarary yang lebih terperinci dan teruskan dengan tempahan.
Pakej premium harga marhaen
Umrah Premium
From RM7,999
Pakej umrah ini bukan seperti pakej biasa. Seperti namanya, kami membawakan akan kembara premium dengan harga marhaen.
Dengan pakej ini anda bukan sahaja dapat mengerjakan umrah dengan bimbingan mutawwif yang penuh pengalaman dan ilmu di dada, malah anda akan dibawa mengembara menikmati keindahan alam ciptaan tuhan serta menelusuri sejarah para ambia'.
Pasti ianya menjadi satu kembara yang sukar untuk anda lupakan sepanjang hayat anda.
Klik button Itinerary di bawah untuk melihat Itinerary penuh..!
Meneroka keindahan panorama swiss
Switzerland Trip
From RM8,998
Pakej mono Swiss ini hanya tertumpu kepada lawatan di negara Switzerland sahaja kecuali singgah sebentar di negara Italy untuk menikmati panorama Tasik Como.
Kembara 9 hari 7 malam ini akan memfokuskan hanya untuk negara Swiss yang mempunyai banyaknya tempat-tempat yang menarik dan sangat indah. Pastinya ia akan mambawa satu kenangan yang sukar anda lupakan bersama insan tersayang.
Untuk yang gemar membeli-belah, anda akan berpeluang membeli barangan bermutu keluaran Swiss yang terkenal seperti jam tangan dan sebagainya.
Klik button Itinerary di bawah untuk melihat Itinerary penuh..!
menelusuri panorama indah & sejarah lampau turkiye
Turkiye Trip
From RM5,998
Pakej Turki ini sentiasa mendapat sambutan. Ada sahaja pertanyaan tentang pakej ini daripada pelanggan sedia ada maupun bakal pelanggan yang membuat "recce" untuk pakej ini.
Antara sebab Turki ini sentiasa menjadi tumpuan adalah kerana harha pakejnya yang agak rendah, pemandangan panorama Turki yang unik, sejarah negara Turki yang agung, budaya Turki yang unik, makanan halal yang mudah didapati di mana-mana dan sebagainya.
Tambahan pula sekarang Turki mengalami kejatuhan nilai matawangnya. Ini menjadikan duit kita lebih tinggi nilainya berbanding Lira Turki. Jadi ia menjadikan acara shopping di kotaraya Istanbul menjadi lebih menarik.
Klik button Itinerary di bawah untuk melihat Itinerary penuh..!
Balkan yang indah dan bersejarah
Balkan Trip
From RM8,698
Pakej Kembara Balkan membawa anda ke 8 negara Balkan iaitu Bosnia, Croatia, Montenegro, Albania, Kosovo, Macedonia, Bulgaria, Romania.
Pakej ini bukan pakej untuk membeli belah tapi lebih kepada menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah yang tiada di tempat lain. Kecantikan negara Balkan ini sungguh mengagumkan sehingga bibir anda tak henti bertasbih tanpa anda sedar.
Di samping itu, negara-negara di Balkan ini kaya dengan sejarahnya tersendiri. Hampir ke semua negara yang anda jejaki di sini, anda akan lihat peninggalan jajahan Islam Othmaniah ratusan tahun yang lalu.
Klik button Itinerary di bawah untuk melihat Itinerary penuh..!
meneroka kotaraya utama dunia di eropah
Europe Trip
From RM8,998
Pakej Kembara Europe adalah antara pakej yang sentiasa mendapat sambutan menggalakkan.
Mungkin kerana ia adalah destinasi di tengah-tengah eropah di negara-negara yang terkenal dengan kotaraya besarnya, maka pakej ini selalu ditunggu-tunggu.
Untuk anda yang minat bershopping, trip ini akan memperuntukkan masa untuk anda bershopping di samping program lawatan yang diatur khas untuk anda.
Klik button Itinerary di bawah untuk melihat Itinerary penuh..!
eropah timur serba unik dan bersejarah
Eastern Europe Trip
From RM8,999Pakej kembara Eastern Europe akan membawa akan lebih ke timur eropah.
panoramanya tidak kurang cantiknya disulami dengan sejarahnya yang menarik
Pasti ianya menjadi satu kembara yang sukar untuk anda lupakan sepanjang hayat anda.
Klik button Itinerary di bawah untuk melihat Itinerary penuh..!
Why Booking with Us
Setelah bertahun di dalam dunia travel dan pelancongan, kami masih gagah berdiri melalui jatuh bangunnya industri pelancongan di Malaysia.