cara solat jamak dan qasar

Bila bercakap tentang travel ataupun bermusafir, solat jamak dan qasar ni mesti termasuk sekali. Untuk orang Islam, kita wajib tahu cara macamana solat Jamak dan Qasar ni.

Solat itu tiang agama. Meninggalkan solat, akan runtuhlah agama. Jadi walau apa keadaan sekalipun solat wajib dilakukan. Waimma kita tengah sakit, walaupun kita sedang dalam perjalanan.

Untuk solat orang sakit ada caranya. Untuk solat orang yang sedang bermusafir ataupun travel ada caranya.

Kali ini kita bicarakan tentang solat dalam bermusafiran dahulu.

Apa itu solat Jamak?

panduan daripada JAKIM yang ditampal di surau perhentian RnR

Sebelum pergi lebih jauh kita revised kembali apa itu solat jamak. Menurut JAKIM, takrifan solat jamak terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2. Jama’ Ta’khir pula ialah mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Apakah syarat solat Jamak?

Untuk Solat Jamak Taqdim:

1. Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.

2. Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

3. Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

4. Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

5. Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Untuk Solat Jamak Ta’akhir:

1. Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

2. Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Cara dan contoh niat Solat Jamak

Untuk Solat Jamak Taqdim:

1. Jama’ Taqdim Empat Rakaat

Ini untuk himpunkan solat sahaja tanpa pendekkan slat-solat tersebut.

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2. Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

Ini ialah niat untuk jamak solat serta pendekkan setaip solat tersebut daripada 4 rakaat kepada 2 rakaat.

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Untuk Jamak Ta’akhir:

1. Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

2. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Cara Melakukan Solat Jamak Qasar

Jamak Qasar Taqdim

Jamak Takdim dan di qasarkan (dipendekkan)

1.  Melakukan sembahyang Asar dalam waktu Zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.

Niat untuk sembahyang Asar pula ialah “Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.

Jamak Takhir dan di qasarkan (dipendekkan)

1.  Melakukan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:-

“Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu Asar”

Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat.

Niat untuk sembahyang Asar ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Kita boleh juga jamakkan Maghrib dengan Isyak atau sebaliknya tapi waktu Magrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-

Jamak Qasar Ta’akhir

Jamak taqdim dan di qasarkan (dipendekkan)

1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang Maghrib ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.
Niat untuk sembahyang Isyak ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Magrib dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.

Jamak takhir dan di qasarkan (dipendekkan)

1.  Melakukan sembahyang Magrib dalam waktu Isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu Maghrib berakhir

“Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu Isyak”

Niat untuk sembahyang Isyak ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Niat untuk sembahyang Maghrib ialah:

“Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu Isyak dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Akhir kata, semoga panduan dan cara solat jamak qasar ini dapat memberikan sedikit manfaat.

Leave a Reply