Matta Fair Mac 2019

Selama 3 hari daripada 15 Mac hingga 17 Mac kami berkampung di PWTC Hall 3 untuk promosi pakej-pakej travel kami.

Matta Fair ni biasanya dibuat sebanyak 2 kali setahun. Satu di awal tahun iaitu sekitar bulan Mac. Satu lagi akan diadakan pada bulan september.

Matta Fair kali ni kami fokus untuk jualan pakej sepanjang tahun 2019. Manakala Matta Fair pada bulan September nanti kami akan fokuskan jualan pakej untuk tahun 2020. Masa ni biasanya pakej-pakej untuk tahun 2019 sudah habis terjual.

Beberapa keistimewaan yang kami tawarkan sempena Matta Fair kali ni. Antaranya pelanggan akan mendapat diskaun sekiranya deposit ataupun booking dibuat semasa Matta Fair berlangsung.

Kami juga membenarkan deposit merangkap duit booking dengan jumlah yang lebih sedikit. Contohnya jika trip ke Eropah kami menerima deposit sebanyak RM2000 untuk book tempat pada tarikh yang dipilih, semasa Matta Fair ini kami terima duit booking sebanyak RM100 sahaja, dengan syarat dalam masa sebulan pelanggan akan jelaskan baki deposit.

Alhamdulillah. Sambutan yang kami terima sangat menggalakkan. Banyak pakej yang terjual manakala yang belum berminat tetapi belum membayar duit deposit juga ramai.

Secara keseluruhannya promosi kali ini seperti tahun-tahun terdahulu, berjaya memberi impak. Selain daripada jualan yang kami dapat, kami juga dapat terus mengukuhkan jenama kami di persada industri pelancongan.

Terima kasih kepada yang singgah dan terus menyokong kami. Jumpa lagi di Matta Fair yang akan datang…!

Follow kami di:

Facebook: FlyworldTravel2u
Instagram: FlyworldTravel2u
Twitter: FlyworldTravel2u

Leave a Reply