Tips Memilih Pilih Agensi Travel Terbaik Untuk Anda


120 pelancong terkandas di KLIA

KUALA LUMPUR – Impian kira-kira 120 individu untuk menikmati percutian ke benua Eropah lebur selepas mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kelmarin dipercayai akibat ditipu oleh sebuah agensi pelancongan.

pelanggan yang terkandas

Kesemua mangsa yang tiba dari negeri di utara dan selatan tanah air turut mengalami kerugian lebih RM810,000 selepas dimaklumkan nama mereka tiada nama senarai penumpang untuk pener­bangan ke Turki, Paris serta Santorini

Selain itu, tiada wakil agensi pelancongan ber­kenaan di lokasi sebalik­nya rata-rata mereka yang menunggu sejak tengah hari telah menerima panggilan pada pukul 9.35 malam daripada agensi itu memaklumkan pe­nerbangan mereka dibatalkan.

~kredit: Kosmo Online~

Kes penipuan daripada ejen pelancongan seperti ini dah makin kerap kedengaran. Ini mungkin kerana wujudnya banyak syarikat agensi travel akhir-akhir ini yang menandakan semakin banyak permintaan daripada rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara.

Agensi travel terutama yang menawarkan perkhidmatan kembara ke luar negara dipilih orang ramai kerana mereka memudahkan orang ramai yang hendak melancong ke luar negara.

Dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, orang ramai tidak lagi perlu memikirkan tentang perbelanjaan di sana, pengangkutan, tempat tinggal, ittinerary, urusan imigresen dan lain-lain hal yang berkaitan.

Bayar sahaja harga yang ditetapkan, dan tunggu masa saja untuk travel.

Tips Nak Pilih Agensi Travel Terbaik Untuk Melancong Ke Luar Negara

Memilih agensi travel untuk melancong tidak salah. Malah itu yang terbaik untuk mereka yang tiada masa dan pengetahuan untuk sediakan segala keperluan sebelum travel. Cuma kita kena bijak dalam memilih travel agensi yang bakal kita berurusan untuk mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku.

Berikut adalah ciri-ciri agensi travel yang perlu anda pertimbangkan sebelum membayar mereka sejumlah wang untuk melancong ke luar negara.

1. Pilih Agensi Travel yang dipercayai

Dapatkan rujukan daripada rakan atau kenalan yang pernah mengikuti trip kembara agensi travel tersebut. Tanyakan bagaimana layanan dan ‘input’ yang mereka dapat daripada agensi travel tersebut.

Input yang dimaksudkan adalah dari segi apa maklumat yang mereka dapat mengenai tempat yang mereka lawati itu. Setiap tempat yang dilawati ada sejarah dan kisah menariknya. Kita perlu tahu perkara ini. Barulah lawatan akan menjadi lebih bererti.

Lihat macamana respons peserta travel selepas balik daripada trip luar negara. Jika banyak pujian daripada mereka, pastilah syarikat agensi travel itu bagus. Pasti akan ada seorang dua yang tidak berpuashati dengan syarikat agensi travel kerana tidak memenuhi kehendak mereka di dalam trip yang mereka ikuti. Itu biasa..!

Tapi kita tengok juga adakah itu ‘kes terpencil’ ataupun kes biasa. Jika kes terpencil dan jarang-jarang berlaku, kita boleh abaikan kerana ia hanya mewakili beberapa peratus sahaja daripada respons keseluruhan.

Tengok juga berapa ramai yang sudah menjadi ‘regular’ customer dan sudah buat trip ulangan dengan agensi travel tersebut. Jika ramai yang buat repeat trip, ia memberi maksud bahawa agensi travel tersebut benar-benar bagus.

2. Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia

Periksa lesen mereka. Jika mereka tidak pamerkan, boleh mintak denan mereka. Pastikan mereka berdaftar sebagai syarikat yang sah untuk perniagaan pelancongan mereka. Ini boleh memastikan mereka syarikat dipercayai.

Ini adalah kerana apabila mereka telah berdaftar dengan Kemeterian Pelancongan Malaysia, mereka akan dikawal selia oleh badan kerajaan tersebut. Segala masalah yang timbul, kita boleh mengadu kepada kementerian pelancongan. Mereka sekurang-kurangnya dapat membantu kita menyelaesaikan masalah yang timbul (jika ada).

3. Berpengalaman menguruskan pakej pelancongan

Lagi lama pengalaman syarikat tersebut lagi bagus. Ada sesetengah syarikat agensi travel tersebut syarikat baru. Tetapi tuan punya dan staff syarikat tersebut sudah mempunyai pengalaman yang lama. Ini juga boleh diambil kira.

Pengalaman mereka yang lama dalam bidang pelancongan ini memberi gambaran bahawa mereka serius dalam perniagaan mereka. Lamanya syarikat mereka di pasaran memberi gambaran bahawa syarikat mereka mendapat sokongan pelanggan yang ramai.

Jika tiada pelanggan yang ramai mana mungkin mereka mampu bertahan lama.

Pengalaman yang lama juga boleh memastikan kecekapan mereka dalam menguruskan pakej pelancongan. Segala selok belok tentang industri sudah di dalam tangan mereka. Ini akan membantu kembara pelancongan nanti menjadi lancar.

4. Tour leader yang bagus layanan dan pengalamannya

Tour leader adalah orang yang terpenting sewaktu mengikuti pakej pelancongan secara berkumpulan ini. Dia juga orang yang akan sentiasa bersama-sama kita di luar negara nanti.

Ustaz Saufi adalah antara tour leader yang sangat sabar melayan karenah peserta pakej travel. Pengetahuan dan pengalaman beliau juga amat luas

Segala maklumat tentang tempat yang dilawati akan disalurkan kepada kita melalui mereka yang banyak pengalaman. Pengalaman mereka juga akan memudahkan perjalanan kita di sana nanti.

Tour leader ni perlu memiliki sifat sabar yang tinggi dalam melayan pelbagai karenah pelanggan. Segala tutur kata mereka perlu dijaga supaya tidak mengguris hati pelanggan.

Mereka juga perlu ada pengetahuan tentang tempat-tepat yang dilawati tersebut. Barulah lawatan kita nanti ada pengisian.

5. Pilihan airlines, hotel dan makanan yang terbaik.

Tengok juga pilihan penerbangan, hotel dan makanan yang disediakan untuk anda semasa di sana. Jika perkara-perkara ini adalah yang terbaik untuk kita, maka bolehlah pilih agensi travel ini.

Ini semua penting terutama jika kita membawa keluarga bercuti bersama. Selepas seharian berjalan melawat tempat orang, pasti kita perlukan rehat yang mencukupi dan selesa untuk mengumpul tenaga untuk perjalanan hari esok.

Faktor penentuan harga Pakej pelancongan

Ingat..! Jangan putuskan untuk mengikuti trip sesebuah syarikat agensi travel hanya kerana mereka menawarkan harga yang paling rendah. Satu-satu harga pakej trip ke luar negara diletakkan berpandukan dengan banyak faktor.

harga pakej pelancongan ditentukan oleh banyak faktor. Kita kena tengok dan faham semua yang termasuk dalam kos baru kita tau pakej tu berbaloi ataupun tidak

Antaranya adalah penerbangan, hotel dan makanan. Ketiga-tiga benda ni agak penting semasa di sana. Jangan kerana harga yang murah, keadaan makan minum dan tidur kita di sana terabai.

Makan dan tidur yang tidak cukup boleh memberi kesan kepada kesihatan kita di sana. Ingat! Kos perubatan di sana amat mahal jika kita mendapat sakit semasa melancong di luar negara.

Insurans, Tips, dan tambang masuk ke satu-satu tempat di sana juga akan membezakan harga sesuatu pakej pelancongan. 

Jadi pastikan anda tahu semua tentang perkara-perkara di atas untuk menjustifikasikan harga yang ditetapkan.

Jika ada agensi travel yang menawarkan harga pakej terlalu rendah, mesti ada sesuatu muslihat. Ataupun mereka mengabaikan perkara-perkara diatas.

Cuba fikir dengan akal yang bijak. Mana mungkin mereka boleh tawarkan harga yang jauh lebih murah dengan syarikat yang lain. Sedangkan kos-kos yang mereka terpaksa tanggung adalah sama. Contohnya harga tiket dan hotel. Ini semua standard melainkan penerbangan dan hotel tersebut dipunyai oleh syarikat agensi travel tersebut.

Ada cara untuk mereka mengurangkan kos pelancongan, tetapi ia tidaklah terlalu murah.

Dengan Flyworld Travel, semua ada

Sebenarnya apa yang disenaraikan di atas, semua ada pada agensi travel Flyworld Travel. Sebab itu kami menjadi pilihan ramai pelanggan dalam industri ini. Ada lebih 100 orang yang membuat trip ulangan dengan kami.

kebanyakan oelanggan berpuashati dengan Flyworld Travel

Tour leader kami juga setakat ini adalah antara yang terbaik dari segi akhlak dan pengetahuannya. Mereka juga akan menyelitkan sedikit pengisian tentang kaitan tempat-tempat yang dilawati tersebut dengan agama.

Moga tips ini dapat memberi anda gambaran macamana nak memilih agensi travel terbaik untuk anda melancong ke luar negara.

Leave a Reply